Disney Plus Hotstar

Disney Plus Hotstar Malaysia: Semua Soalan Anda Dijawab

Jabatan Soalan dan Jawapan

Disney Plus Hotstar yang bakal tiba di Malaysia pada 1 Jun akan memberi langganan rancangan Disney, Marvel, Star Wars, Pixar dan National Geographic kegemaran anda. Kami mendapati bahawa ramai masih keliru, dan mempunyai soalan mengenai perkhidmatan ini. Oleh kerana tiada repositori pengetahuan yang lengap oleh pihak Disney, kami telah mengumpulkan beberapa soalan lazim mengenai Disney Plus Hotstar untuk menjawab persoalan/pertanyaan anda. 

Anda juga tidak perlu menunggu respons ‘copy paste’ yang didapati di Twitter mereka!

Berapakah harga sebenar Disney Plus Hotstar?

Hanya satu pelan langganan disediakan pada masa ini, iatu secara suku tahun dengan hanya RM54.90. Ini bermakna, anda hanya perlu bayar sebanyak RM18.30 sebulan. Kami tidak pasti sama ada langganan secara bulanan akan disediakan.

Bolehkah saya melanggan secara bulanan atau tahunan?

Buat masa ini, hanya satu pelan langganan telah diumumkan iatu secara suku tahun.

Eh, tapi kenapa pelan langganan direka selama tiga bulan dalam satu masa?

Harrison Ford Shrug GIF by Star Wars - Find & Share on GIPHY

Bagaimana cara untuk saya menonton Disney Plus Hotstar?

Anda boleh strim perkhidmatan ini melalui telefon pintar, tablet, dan TV yang disambung ke pemain media. 

Apakah aplikasi yang perlu saya muat turun di iOS atau Android?

Anda perlu memuat turun aplikasi “Disney + Hotstar” dari Apple App Store atau Google Play Store. 

Bolehkah saya muat turun aplikasi “Disney+ Hotstar” sekarang?

Tunggu dulu. Aplikasi ini hanya tersedia mulai 1 Jun 2021.

Selain telefon dan tablet, apakah peranti lain yang boleh saya menonton Disney+ Hotstar?

Setakat ini, perkhidmatan ini hanya didapati melalui Apple TV, Android TV (Android TV OS 7.0 ke atas) dan Chromecast.

Bolehkah saya dapati aplikasi ini di Smart TV saya?

Aplikasi ini tidak tersedia untuk Smart TV.

Bolehkah saya dapati aplikasi ini di konsol permainan saya?

Untuk sementara waktu – tidak. Aplikasi “Disney+” kini hanya tersedia di PlayStation dan Xbox di Amerika Syarikat dan Eropah.

Bolehkah saya guna aplikasi Disney+ yang didapati di kawasan lain?

Tidak. Anda hanya boleh menggunakan aplikasi “Disney+ Hotstar.”

Berapa banyak strim serentak yang dibenarkan oleh satu akaun pengguna?

Setiap akaun boleh menyokong dua strim serentak.

Berapa banyak profil pengguna yang boleh ditampung oleh akaun saya?

Kami tidak tahu, namun di Amerika Syarikat anda boleh daftar hingga tujuh (7) profil pengguna dan sepuluh (10) peranti berbeza.

Bolehkah saya memuat turun kandungan untuk tontonan di luar talian?

Anda boleh muat turun sebilangan besar kandungan untuk ditonton tanpa laian pada telefon dan tablet anda. 

Adakah Disney Plus Hotstar mengandungi iklan?

Kandungan dalam perkhidmatan ini bebas dari iklan.

Adakah perkhidmatan ini sesuai untuk kanak-kanak?

Disney+ Hotstar mempunyai bahagian kanak-kanak dengan pelbagai kandungan menarik.

Kandungan apa yang akan tersedia pada perkhidmatan ini semasa pelancaran?

Anda akan mendapat akses ke filem dan kandungan di semua jenama ikonik Disney Plus, termasuk Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, dan jenama Asian Hotstar – itu lebih daripada 800 filem dan 18,000 episod TV. Anda juga akan mendapat seri dan filem baru seperti Loki, Monsters at Work, dan Pixar’s Luca, pada masa yang sama dengan di Amerika Syarikat.

Adakah kandungan Malaysia juga tersedia dalam perkhidmatan ini?

Sama seperti jenama Hotstar di Indonesia, Disney Plus Hotstar Malaysia merangkumi pelbagai filem Malaysia dan juga blockbuster eksklusif. Tiga blockbuster Malaysia yang sudah diumumkan adalah filem aksi J2: J Retribusi, filem zombie-thriller Zombitopia, dan filem seram Ada Hantu. Filem-filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan terus menuju ke Disney Plus Hotstar.

Servis ini juga akan mempunyai pilihan filem klasik Malaysia, kartun, dan rancangan TV Media Prima, termasuk Ejen Ali, semua musim Upin & Ipin, J Revolusi, Tombiruo, KL Special Force, Ejen Ali The Movie, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, Munafik, Istanbul Aku Datang!, Talentime, Mukhsin, dan lain-lain. Disney Plus Hotsar juga akan mempunyai dua rancangan yang akan melancarkan semua episode secara eksklusif di platform sebelum ditayangkan di televisyen, Wifi Sebelah Rumah (dengan Zul Ariffin dan Ruhainies) dan Semanis Senyumanmu (dengan Daiyan Trisha dan Aiman Hakim Ridza).

Bagaimana pula dengan rancangan berbahasa Cina?

Semasa pelancaran, terdapat banyak filem dan rancangan TV Cina yang terkenal termasuk The Silent Forest, Ip Man 4: The Finale, Agent Mr. Chan, Infernal Affairs, Line Walker 2, The Storm Riders, Number 1, The Deer and the Cauldron, The Legend of Hao Lan, Nothing Gold Can Stay, dan Ruyi’s Royal Love in the Palace.

Bagaimana dengan kandungan berbahasa Tamil dan Hindi?

Terdapat juga banyak filem dan rancangan TV Tamil dan Hindi oleh Hotstar termasuk Dil Bechara, Lootcase, Khuda Hafiz, Teddy, Big Bull, 1232 KMS, dan The Legend of Hanuman. Perkhidmatan ini juga akan mengandungi filem blockbuster Tamil dan siri Star Vijay seperti Vishwaroopam 1 dan 2, Maari, Thuppakki, Nanban, Kaaka Muttai, Pandian Stores, Bharathi Kannamma, Raja Rani, Super Singer 8, dan Naam Iruvar Namakku Iruvar.

Adakah Disney Plus Hotstar menyokong strim Ultra HD 4K?

Ya, namun buat masa ini, kami tidak mempunyai senarai penuh kandungan yang bakal disiarkan pada 1080p dengan pilihan filem Ultra HD 4K, dan juga Dolby Vision dan Dolby Audio.

Bagaimana saya boleh membayar Disney Plus Hotstar di Malaysia? Pilihan pembayaran apa yang akan tersedia?

Kami tidak pasti dengan cara pembayaran Disney Plus Hotstar di Malaysia buat masa ini. Kami telah menghubungi pihak Disney untuk maklumat lanjut dan akan mengemaskini soalan lazim ini setelah kami mendapat maklum balas daripada mereka.

Adakah tayangan pertama filem seperti Mulan, Raya and the Last Dragon, Cruella, dan Black Widow bakal disiarkan melalui Premiere Access seperti di Singapura?

Tidak. Premiere Access tidak akan tersedia semasa pelancaran perkhidmatan ini.

Adakah anda memberitahu saya bahawa saya tidak akan dapat membayar untuk menonton Black Widow ketika tayangan perdana pada bulan Julai?

You Cant The Navy Comes Through GIF by Warner Archive - Find & Share on GIPHY

Tapi, saya boleh menonton The Mandalorian bila-bila saya mahu, di mana sahaja saya mahu, dan berapa kali saya mahu?

Star Wars Film GIF by Vue - Find & Share on GIPHY

Bagaimana dengan filem tayangan pertama seperti Pixar’s Soul dan Luca yang tidak memerlukan pembayaran tambahan seperti Premiere Access?

Filem tayangan pertama seperti Pixar’s Soul dan Luca, yang tidak termasuk dalam Premiere Access, akan dilancarkan pada tarikh yang sama dengan Amerika Syarikat.

Sekiranya saya pelanggan Astro, apa harga Disney Plus Hotstar untuk saya?

Menurut Astro, anda akan melanggan Disney Plus Hotstar secara automatik sekiranya anda mempunyai pakej “Movies Pack,” dan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM5 sebulan. Anda tidak mempunyai pilihan dalam perkara ini.

Bagaimana cara menonton Disney Plus Hotstar jika saya adalah pelanggan Astro?

Disney Plus Hotstar hanya akan tersedia untuk pelanggan Astro melalui aplikasi dan laman web Disney Plus Hotstar. Menurut Astro, ia tidak dapat diakses melalui kotak media Ultra dan Ulti pada masa sekarang.

Bagaimana cara mengaktifkan Disney Plus Hotstar sekiranya saya pelanggan Astro?

Anda boleh mengaktifkan Disney Plus Hotstar bermula 1 Jun 2021 dengan melayari astro.com.my/Disney/activate menggunakan ID Astro anda. Setelah log masuk, anda akan melihat halaman pengaktifan untuk Disney Plus Hotstar. Ikuti langkah-langkah pengaktifan, dan anda boleh memuat turun aplikasi Disney Plus Hotstar, atau pergi ke DisneyPlusHotstar.my setelah sesai. Seterusnya, anda boleh log masuk menggunakan telefon bimbit yang telah digunakan untuk mengaktifkan akaun anda.

Adakah anda mempunyai soalan lain yang perlu dijawab? Adakah anda akan melanggan perkhidmatan tersebut ketika dilancarkan pada 1 Jun? Beritahu kami! Hubungi kami di FacebookTwitter, dan Instagram. Anda juga boleh klik di sini untuk menghantar WhatsApp kepada kami di The Goggler Hotline.

I Am All Girls
Previous Story

The Feisty Indian Aunty Watches... I Am All Girls

Friends: The Reunion
Next Story

Friends: The Reunion - 17 Takeaways From the HBO Special

Latest from Explainers

Nope

Nope Explained

So you've seen Jordan Peele's Nope and can't quite figure out what