Dengar sini semua! Filem terbaru arahan Jordan Peele (semestinya salah satu filem terbaik tahun ini) bakal menemui anda di pawagam tempatan!
Kami tahu yang anda pasti akan menonton filem ini, tetapi sekiranya anda memerlukan sedikit insentif untuk menonton filem ini di skrin besar, teruskan membaca: kami bawakan 7 sebab mengapa anda perlu menonton filem ini di pawagam.
1. Ini Filem Jordan Peele!
Sukar dibayangkan – filem ini merupakan hanya filem ketiga arahan Jordan Peele. Anda ingat akan filem pertamanya, Get Out? Atau masih dihantui oleh filem seram, Us? Seperti filem-filem ini, Jordan Peele sekali lagi telah berjaya mengatasi jangkauan kami dengan mempersembahkan satu filem hebat yang akan membuatkan mata anda terpaku di skrin. Kenapa?
2. Nope Adalah Filem Paling Suspens Tahun Ini
Pembukaan filem Nope adalah antara pembukaan yang paling mendebarkan di dalam dunia perfileman. Dari adegan pertama sehingga terakhir, anda akan disajikan dengan satu plot yang cukup suspens, dan semestinya menambat fokus anda. Kami yakin; misteri filem ini pasti akan berlegar-legar di dalam fikiran anda untuk berberapa hari selepas menonton filem ini.
3. Nope Mengagumkan!
Nope mengagumkan! Di kala makhluk besar dan mengerikan di langit, seekor cimpanzi menganas tanpa sebarang sebab, dan penuh dengan adegan seram dan gempak! Semestinya filem ini akan memukau anda sehingga saat terakhir.
Percayalah: filem ini hanya sesuai ditonton dan dihayati di layar skrin yang paling besar.
4. Oh Ya, INI FILEM JORDAN PEELE!
Jordan Peele memiliki kebolehan untuk menyajikan sebuah filem yang sarat dengan mesej tersiratnya, tanpa menjadikan filem itu sebagai mesej semata-mata. Dalam erti kata lain; Nope memang sebuah filem yang menghiburkan, tapi, melalui kupasan yang lebih mendalam, apabila ditonton sekali lagi (dan mungkin untuk kali seterusnya), anda akan mengamati beberapa tema dan mesej yang terselindung.
Anda akan sedar: filem ini adalah lebih dari sekadar sebuah filem raksasa.
5. Ianya Filem Raksasa Epik!
Walaupun pelbagai tema dan mesej sarat memenuhi filem ini, namun ianya masih menghiburkan untuk semua lapisan penonton. Satu entiti makhluk asing sedang memburu mangsa dan individu-individu ini berusaha menyelamatkan diri dari ancaman makhluk tersebut. Dari luaran, plot filem ini agak lazim seperti filem-filem yang lain, tetapi Nope telah berjaya membawa satu pendekatan yang kontemporari dan menarik untuk tatapan penonton. Dengan mengetengahkan elemen-elemen terbaik filem raksasa dari zaman klasik, Jordan Peele berjaya mengadaptasi filem Nope bersesuaian dengan citarasa dan kesesuaian untuk abad ini.
6. Nope Salah Satu Filem Paling Mengujakan Tahun Ini
Berbanding kedua-dua filem olahannya sebelum ini, ternyata Jordan Peele telah mengambil langkah kehadapan dalam mengembangkan dimensi dan skop penceritaannya di dalam filem Nope. Untuk Nope, Jordan telah berganding bersama Hoyte van Hoytema (sinematographer filem Tenet, Interstellar, dan Dunkirk) dan dengan menggunakan landskap California selatan sebagai inspirasi, telah berjaya menghasilkan sebuah karya hebat penuh visual cantik.
Malahan, adalah tidak keterlaluan untuk dikatakan: tanpa audio, anda masih akan terpegun dengan betapa sempurnanya visual yang terpapar di depan mata anda.
7. Oh Dan Satu Lagi… INI FILEM JORDAN PEELE!
Kesemua sebab di atas seharusnya sudah mencukupi untuk anda menonton filem ini. Jordan Peele merupakan salah satu pengarah filem terbaik generasi ini dan semestinya, anda tidak mahu ketinggalan dari menonton filem ini.
Bayangkan: anda di kedai mamak, bersama kawan-kawan, berbincang tentang Nope sebagai filem terbaik tahun ini dan anda, duduk di tepi, hanya mampu tersenyum, berpura-pura memahami apa yang sedang dibincangkan.
Jadi, jangan ketinggalan!
Follow Us