Perhatian untuk para penggemar dan pencinta filem. JAPANESE FILM FESTIVAL ONLINE 2022 yang dianjurkan oleh Japan Foundation telah bermula dan kami rasa ini adalah satu peluang yang tidak dapat disia-siakan.
Bermula pada 14hb Februari 2022, JFF Online 2022 akan menayangkan 20 filem Jepun, merentasi pelbagai genre, daripada drama ke thrillers, komedi, dokumentari dan animasi. Tayangan adalah secara PERCUMA dan disertakan dengan sari kata Bahasa Melayu!
JFF ONLINE 2022 akan berlangsung selama 2 minggu dari 14hb sehingga 28hb Februari dan apa yang anda cuma perlu lakukan untuk menonton filem-filem ini adalah dengan mendaftar di laman web festival, layari link di bawah dan ikuti 3 langkah mudah:
THE JAPANESE FILM FESTIVAL ONLINE 2022 WEBSITE
Cari HOW TO REGISTER. Kemudian, klik butang REGISTER NOW. Anda akan dibawa ke halaman JFF+.
Klik Watch yang tertera di bahagian atas laman web.
Kemudian, klik butang LOGIN di bahagian atas laman web.
Lengkapkan borang pendaftaran untuk memulakan akaun sendiri, dan anda sudah bersedia untuk menonton filem- filem di JFFOnline 2022.
Ada Lagi!
The Japan Foundation juga akan menganjurkan acara online menerusi laman Facebook dan Youtube rasmi, “Jom ke JFF ONLINE” pada 17hb Februari. Pelakon Sharifah Amani dan Sherry Alhadad akan menyertai sesi ini dan berkongsi filem-filem kegemaran mereka dari senarai filem yang akan ditayangkan di JFFOnline 2022.
Bagi anda yang fasih berbahasa Jepun, atau yang sedang mempelajari bahasa Jepun, kuiz “Nihongo” akan dianjurkan sepanjang festival ini dan pelbagai hadiah menarik mungkin menjadi milik anda.
Senarai Pendek Filem-Filem JFF ONLINE Pilihan Goggler
Kami faham. Untuk menonton 20 filem memang mencabar. Banyak sangat pilihan. Nak start kat mana? Walaupun kami menggalakkan anda menonton kesemua filem filem yang bakal ditayangkan,,namun, masa merupakan suatu yang bukan semua miliki (maklumlah, masa itu emas, ye tak?) Untuk membantu anda, kami telah menyenaraikan 5 filem yang kami di Goggler amat nanti-nantikan.
1. RASHOMON
Rashomon! Filem karya pengarah filem lagenda, Akira Kurosawa merungkai misteri pembunuhan seorang samurai daripada kacamata beberapa watak. Segala sanjungan yang telah diberikan ke atas filem ini sememangnya membuktikan kepentingan filem ini di dalam sejarah perfileman dunia. Semestinya, Rashomon adalah tontonan wajib.
2. SUMODO ~ The Successors of Samurai ~
Dokumentari dari Pengarah Eiji Sakata memperkenalkan dunia sumo kepada penonton; pendekatan secara lebih mendalam mengenai kehidupan seharian dua pengamal sumo selama 6 bulan untuk mencapai kemuncak pertandingan Sumo.
3. THE GOD OF RAMEN
Dokumentari mengenai seorang chef ramen yang terkenal? YA! The God of Ramen adalah sebuah dokumentari karya Takashi Innami yang meyingkap kehidupan seorang chef di sebuah kedai ramen termasyhur di Jepun.
4. MIO’S COOKBOOK
Filem filem period Jepun telah lama bertapak di dalam dunia perfileman dan filem arahan Haruki Kadokawa mengisahkan tentang seorang chef muda dan pengembaraannya untuk bersatu semula dengan kawan akrabnya.
5. THE CHEF OF SOUTH POLAR
Filem komedi yang mengisahkan perjalanan pahit manis kehidupan Nishimura, seorang ketua chef yang telah ditugaskan ke sebuah pusat penyelidikan di Antartika. Di kala persekitaran yang sangat mencabar, satu-satunya pekara yang menguatkan semangat mereka adalah makanan. Sayangnya… ramen dah habis!
Bukan Itu Sahaja!
Enam belas lagi judul filem yang boleh ditonton sepanjang festival ini boleh didapat di sini. Jangan lupa mendaftarkan diri untuk menonton kesemua filem secara percuma!
Kerja Penterjemahan Oleh: Amira Dayana Rahman dan Kumar Chandra
Follow Us